May 9, 2011

MALAM~~SHADES

Malam...
Terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu

Oh ! Malam...
Sungguh kau berseri-seri
Wajahmu di malam hari
Hilang rindu hati

April 28, 2011

Suka Kuma-Kuma

Siapa kenal Kuma-kuma?Sila angkat ibu jari kaki kanan anda.
Saya sangat suka pada kuma-kuma...
Dah lama kupendamkan perasaan ku kepada kuma-kuma.
tapi sekarang baru ku jumpa kuma-kuma ku sayang.
itu pun telah menjadi milik orang.

*********************************

April 26, 2011

Aku Suka Dia~!!

dear all~!!!lama aku x merajinkan diri aku menaip di blog aku yang ntah bile nak mengembang ni. Semalam aku tengok cerita Juvana di Tv3. Baru episod 1, tp aku dah nampak ke'best'an dia. Lagi-lagi ada pelakon yang aku minat. BETO KUSYAIRI- suka muka die sebab ada kemelayuan + klasik.

February 11, 2011

kerja oh kerja

Banyak gile keje yang aku nak kene settlekan. Tengok meja dah macam kene langgar dengan garuda. Berterabur tak ingat dunia. Tapi hari2 meja aku macam ni.

February 10, 2011

Bayar Jangan Tak Bayar

Semalam aku dah g bayar saman kat Perbadanan Putrajaya. RM40.00 beb... Seminggu aku makan. Lari budget aku bulan ni. Cis!!

February 2, 2011

Kad Pengenalan @ IC punya pasal.

Semalam aku nak balik kerja tiba-tiba punch card aku tak ada dalam beg. Demm....aku nak balik ni. Kalau tak ada card macam mana nak punch out. Nasib punch card aku card biasa aja (card putih kosong). kalau punch card aku adalah IC (IC yang ada Touch n' Go digunakan untuk dijadikan punch card ditempat kerja) confirm aku aku jadi PATI secara automatik. Nak dijadikan cerita aku pagi esoknya aku jumpa la kerani bahagian HR untuk apply card baru. Diorang cakap kene pakai IC untuk buat punch card sebab bahagian IT (yang buat punch card)card putih kosong tu dah habis. Aku pun keluarkan la IC aku yang agak dah lama aku tak tengok. Ciss..gambar time sekolah, dengan anak tudung sampai ke dahi. Tak kan aku nak bagi kat bebudak IT yang nak buat tu tengok gambo aku yang berhingus. Malu la aku sebagai Secretary terlampau kat opis. Aku pun ambik keputusan untuk buat IC baru.

January 29, 2011

Aku & kerja

* * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Ringx2" Telephone berbunyi (sambil nyanyi lagi wonder pet)

Aku: Hello?

Bos: Awak masuk bilik saya sekejap.

Aku: Baik bos. (Mati aku)

30 saat kemudian... Knockx2 (Konon...padahal main masuk je)

January 28, 2011