February 2, 2011

Kad Pengenalan @ IC punya pasal.

Semalam aku nak balik kerja tiba-tiba punch card aku tak ada dalam beg. Demm....aku nak balik ni. Kalau tak ada card macam mana nak punch out. Nasib punch card aku card biasa aja (card putih kosong). kalau punch card aku adalah IC (IC yang ada Touch n' Go digunakan untuk dijadikan punch card ditempat kerja) confirm aku aku jadi PATI secara automatik. Nak dijadikan cerita aku pagi esoknya aku jumpa la kerani bahagian HR untuk apply card baru. Diorang cakap kene pakai IC untuk buat punch card sebab bahagian IT (yang buat punch card)card putih kosong tu dah habis. Aku pun keluarkan la IC aku yang agak dah lama aku tak tengok. Ciss..gambar time sekolah, dengan anak tudung sampai ke dahi. Tak kan aku nak bagi kat bebudak IT yang nak buat tu tengok gambo aku yang berhingus. Malu la aku sebagai Secretary terlampau kat opis. Aku pun ambik keputusan untuk buat IC baru.

So pun ajak kwn aku pergi JPN putrajaya. Diorg cakap sehari boleh siap. aku pikir ok la kalau macam tu. pagi aku buat, petang aku dah boleh ambik. sampai-sampai aje aku tengok ramainya orang nak tukar IC. Aku pun dengan semangat ambik nombor (tettt bukan no ekor). "0163". aku tengok nombor terkini "0114" WTH?? Lagi 52 orang baru sampai giliran aku? tapi aku nak puji jugak la. dalam setengah jam aku dah boleh jumpe kerani kaunter "0163 kaunter 6". Perempuan, pakai baju kurung (of course la dah keje gomen), free hair, pakai contact lenses warna kelabu, mekap agak tebal, boleh tahan la cun. Tapi service zero. boleh die cakap ngan aku tak pandang muka aku langsung. ok think positive, maybe die ni juling (tak la positive sangat). Tapi bile aku tanya baru pandang muka aku, pastu sambung balik pandang muka orang yang datang dekat kaunter sebelah? APE KEJADAHNYA? "Ibu jari belah kiri" sambil pandang orang kat kaunter sebelah "ok dah" masih x pandang muka aku "Ibu jari belah kanan" still jugak tak pandang aku. "Ok, IC akan siap hari isnin, nak datang ambil telefon dulu ya nombor ni, dan sila tunggu di kaunter 16-18 untuk tangkap gambar". What? hari isnin?(ok la,lagipun masa aku datang tu ari rabu, hari khamis dan jumaat cuti raya cina).sambil tangan tandakan nombor kat atas kertas dan masih tak pandang muka aku. Sebelum aku blah dr tempat perempuan kerek tu aku terbaca "Beritahu kami kalau kami tak melakukan perkara dibawah" (something like that) pertama sekali "Tidak memandang muka anda semasa bercakap" kedua "senyum" and so on. WTH? Dah terang-terang ditulis tapi kenapa dia tak buat? Nak kene complaint baru nak buat ke? Aku tak cakap semua la but certain people yang kerja bahagian customer service mmg ade yang perangai mcm tu. Sabar je la yong. Lepas tu aku terus tunggu kat kaunter 16-18, dalam 20 minit aku tunggu, turn aku pulak tangkap gambar. Disebabkan aku tak terpikir nak pergi buat IC, aku pun pakai baju warna cream n tudung kuning cream sikit. So, terpaksalah sarung tudung lain yang warna itam yang x best untuk tangkap gambar. abih tangkap gambar aku pun blah la dari JPN tu, sampai kat kereta aku rasa mcm tak sedap hati. Demm....aku dapat surat cinta dr Majlis pembandaran. Tapi aku musykil, kesalahan aku letak kereta di garisan kuning, aku check, tak de pun garisan kuning kat bawah keta aku. Pelik la..dan lagi musykil, aku tak tau brape aku kene bayar untuk saman tu. Tak pe la, aku call la diorang nanti. Malas nak pikir. Adoiiii


P/S: punch card oh punch card..mana la kau pergi?



No comments:

Post a Comment